TAHNIAH:SHUIB SEPAHTUSELAMAT MENIMANG ANAK YANG KETIGA

Tahniah kami ucapkan kepada pelawak dan juga pelakon Shuib Sepahtu dan juga isteri, Siti Sarah kerana telah selamat menimang cahaya mata lelaki ketiga pada pukul 12.27 tengahari tadi dengan berat 3.1 kilogram.
Sebelum ini Shuib Sepahtu sempat berkongsi rasa syukurnya di atas kurniaan rezeki dari Illahi tersebut kepadanya selain sempat berterima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti berdoa untuk kebahagiaan keluarganya memetik Rotikaya.


Nampaknya dua anak Shuib sebelum ini iaitu, Uwais Alqarni dan juga Dzahira Talita Zahra sudah ada adik baru. Apa pun, semoga keluarga yang semakin membesar ini nanti bakal membawa lebih kemeriahan dan juga rezeki yang melimpah ruah.
0 Komentar untuk "TAHNIAH:SHUIB SEPAHTUSELAMAT MENIMANG ANAK YANG KETIGA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info