SHUKRI YAHAYA SELAMAT BERGELAR SUAMI TYA

DENGAN sekali lafaz, pelakon Shukri Yahaya kini selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Tya Adnan, sebentar tadi.

Majlis pernikahan pasangan dua sejoli ini berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pasangan sama cantik, sama padan ini memilih mengenakan busana berwarna putih hasil rekaan Lumiere Concept.
Shukri yang popular menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia ini menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pengantin perempuan. Manakala, jumlah hantaran dirahsiakan.KREDIT
0 Komentar untuk "SHUKRI YAHAYA SELAMAT BERGELAR SUAMI TYA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info