SAMSUNG S6 SELAMATKAN PEMILIK DARI SERPIHAN BOM

Pada Jumaat lalu dunia digemparkan dengan pengeboman dan serangan di enam lokasi berbeza di Perancis yang mengorbankan lebih dari 150 nyawa dan lebih 300 orang cedera.

Pihak berkuasa percaya serangan ini dilancarkan oleh Militan Negara Islam (ISIS) di mana pihak IS juga mengeluarkan kenyataan ia hanyalah sekadar permulaan.

Antara lokasi yang diserang adalah di laur stadium Stade De France di mana ketika kejadian berkenaan stadium dipenuhi orang ramai kerana berlansung sebuah perlawanan bola sepak antara Perancis dan Jerman .

Tiga bom diletupkan di pintu masuk stadium, mengakibatkan lima kematian.

Disebalik tragedi berdarah itu, seorang lelaki bernama Sylvester, yang berada di lokasi kejadian menceritakan detik cemasnya dan dia terselamat daripada letupan berkenaan kerana sebuah telefon pintar miliknya.
Ketika letupan berlaku, dia dikatakan sedang bercakap menggunakan telefonnya, serpihan bom yang meletup telah tersebar kearahnya tetapi mengenai tepat pada telefon bimbit.

Jika peranti berkenaan tidak kukuh sudah pasti serpihan berkenaan akan menembungi tengkoraknya yang menyebabkan dia terbunuh atau kritikal.

Bagaimanapun berdasarkan rekod ini bukanlah kali pertama telefon bimbit menyelamatkannya, pada tahun 2010, seorang anggota polis di brazil terselamat selepas telefon seorang perompak melepaskan tembakan tepat mengenai telefon Lumia 520 yangberada di dalam bajunya.

Setahun selepas itu, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga kelab malam di Atlanta Georgia, diselamatkan oleh sebuah HTC Evo 3D yang diletakkan dalam kocek jaket.

Tanpa telefon pintar itu, peluru mungkin sudah menembusi jantungnya. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "SAMSUNG S6 SELAMATKAN PEMILIK DARI SERPIHAN BOM"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info