Prank Melampau Bawa Padah, Kaki Rakan Terpaksa Dipotong

BARANGKALI lelaki bernama James Gillibrand layak dinobatkan sebagai kawan baik paling kejam di dunia.
Mana tidaknya, dek kerana sikap gila-gila James telah mengakibatkan kawannya menderita seumur hidup apabila kakinya terpaksa dipotong.

Semuanya bermula apabila James melakukan ‘prank‘ terhadap rakannya Craig Finn yang ketika itu sedang mabuk selepas pulang menonton perlawanan bola.

Melihat keadaan rakannya, setibanya di rumah mereka di Spennymoor, Durham, James kemudian bertindak meletakkan turpentin pada kaki Craig sebelum menyalakan cecair mudah terbakar tersebut dengan api.
Hal itu sekali gus menyebabkan sebahagian badan Craig terbakar teruk.

Merasakan perkara itu lucu, James turut mengambil dua keping gambar insiden itu sebelum menghubungi talian kecemasan 999.

Namun kerana memperlekehkan kecederaan rakannya dalam laporan tersebut menyebabkan ambulans tidak dihantar.

Namun nasib baik, seorang lagi rakan serumah mereka yang terkejut dengan insiden itu setelah terjaga dari tidur segera membawa Craig yang sudah melecur teruk ke hospital.
Bagaimanapun, sesal sudah tidak berguna lagi apabila kaki Craig terpaksa dipotong dan James dihukum penjara selama 5 tahun atas tindakan bodohnya itu.

Difahamkan, ketika perbicaraan, James turut menggambarkan insiden itu sebagai ‘prank yang tak menjadi’ dan telah meminta maaf kepada Craig sekeluarga atas kejadian malang itu- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Prank Melampau Bawa Padah, Kaki Rakan Terpaksa Dipotong"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info