PELIK!! GADUH ANGKARA SELUAR DALAM SAMPAI NAIK 'COURT'

BULAWAYO – Seorang anggota tentera wanita Zimbabwe terlepas daripada hukuman penjara selepas suaminya, anggota polis, menarik balik dakwaan dia didera secara fizikal.

Onwell Mtetwa, 36, dikejar oleh isterinya, Martha Mtetwa, 26, minggu lalu selepas dia pulang dengan menunjukkan seluar dalam seorang pela--cur yang dilanggannya.

“Saya mengadakan se--ks dengan seorang pel---acur,” kata Mtetwa sambil menunjukkan seluar dalam itu.

Martha yang terkejut dan berang mengejar suaminya dan melontar batu sehingga lelaki itu terpaksa keluar rumah menerusi tingkap dan bersembunyi di dalam kereta.

Wanita itu kemudian memecahkan cermin kereta berkenaan dan cuba menikam suaminya sambil berkata, perkelahian itu hanya akan berakhir jika seorang daripada mereka mati.

Di mahkamah semalam, Martha mengaku bersalah terhadap tuduhan mendera suaminya secara fizikal.Hakim bagaimanapun membebaskannya selepas suaminya menarik balik tuduhan itu.KREDIT
0 Komentar untuk "PELIK!! GADUH ANGKARA SELUAR DALAM SAMPAI NAIK 'COURT'"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info