NGERI!! WANITA ROBEK PERUT RAKAN, DAKWA BAYI DALAM KANDUNGAN MILIKNYA

NEW YORK – Seorang wanita menikam dan merobek kandungan rakannya sejak zaman kanak-kanak kerana mendakwa bayi itu miliknya

Ashleigh Wade, 22, dilaporkan menikam Angelikque Sutton, juga 22, yang hamil hampir sembilan bulan dengan pisau di sebuah pangsapuri di Bronx, di sini, pada Jumaat lalu.

Sambil menjerit bayi itu miliknya, Wade kemudian ditahan polis atas dakwaan membunuh dan memilik senjata, lapor The Associated Presssemalam.

Tempat kejadian yang dipenuhi darah itu memeningkan penyiasat, yang mengarahkan ujian darah dijalankan untuk memastikan bayi tersebut, dikenali Genesis, beribukan Sutton.

Penyiasat menjumpai pisau dan uri di pangsapuri di kawasan Wakefield apabila mendapat panggilan kecemasan daripada teman lelaki Wade.

Bayi itu dibalut dengan selimut oleh kakitangan pasukan kecemasan dan dilaporkan sihat di hospital. Namun Sutton meninggal dunia pada petang hari kejadian.

Teman lelaki Wade berkata mereka bercadang berkahwin selepas tinggal bersama selama lapan tahun, lapor agensi berita itu dengan memetik tabloid tempatan Daily News di sini.

Menurut The Associated Press lagi, wanita malang itu dicekik sebelum ditikam.Polis belum dapat mengesahkan sama ada Wade sedang hamil atau tidak.

Namun Angela Parris, seorang jururawat yang menyewakan rumahnya kepada Wade, dilaporkan berkata suspek sedang hamil.

Wade memberitahu penyiasat bahawa dia rakan sepermainan Sutton dan menjalin semula persahabatan sejak beberapa bulan lalu.

Polis masih belum pasti punca kejadian ngeri itu. Keluarga Sutton pula enggan mengulas sewaktu ditemui media di luar hospital. KREDIT
0 Komentar untuk "NGERI!! WANITA ROBEK PERUT RAKAN, DAKWA BAYI DALAM KANDUNGAN MILIKNYA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info