KERAJAAN CADANG UNTUK MANSUHKAN HUKUMAN MA-TI MA-NDATORI

Pihak kerajaan dipetik laporan Utusan Malaysia telah bercadang untuk membentangkan ran undang-undang bagi memansuhkan hukuman gantung mandatori kesalahan jenayah berat seperti kesalahan dadah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, cadangan ini dibuat bagi membolehkan mahkamah menjatuhkan hukuman dengan kuasa budi bicara sendiri dan rang undang-undang ini akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat Mac tahun depan.

“Saya telah berbincang bersama Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan beliau telah memberikan sokongan walaupun saya sedar perkara ini amat sukar untuk negara, tetapi saya harap ia dapat diselesaikan segera,” katanya.

Kuputusan untuk memancuhkan hukuman mati ini selepas beliau dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengadakan perbincangan meja bulat yang disertai Ahli Parlimen dari Australia, Switzerland dan United Kingdom serta pakar dalam bidang tersebut dalam Majlis PGA Rundingan Meja Bulat Parlimen, Pemansuhan Hukuman Mati di Malaysia di Parlimen hari ini.

Nancy memberitahu, pihaknya telah me­ngadakan perjumpaan dengan wakil-wakil dari seluruh dunia yang cuba berbincang serta memujuk kerajaan dalam perkara berkenaan.

“Bagaimanapun, kerajaan amat jelas untuk melakukan apa yang sepatutnya di jalankan di negara ini sama seperti negara lain tetapi kita ada batasnya,” jelasnya.KREDIT
0 Komentar untuk "KERAJAAN CADANG UNTUK MANSUHKAN HUKUMAN MA-TI MA-NDATORI"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info