KEJAM:KERANI SEKOLAH AGAMA DIJERUT SEHINGGA MATI SELEPAS DIR0-G0L

JOHOR BAHRU - Seorang wanita ditemui mati dibunuh di kediamannya di Sungai Terap, malam tadi.
Mangsa, Nurul, 29, bekerja sebagai seorang kerani di Sekolah Agama Sungai Raya, Bukit Pasir, Muar, ditemui oleh pasukan polis yang menerima aduan dari jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu apabila mangsa tidak keluar rumah jam 7 malam tadi.

Polis tiba di rumah mangsa mendapati enjin kereta Honda Civic, JJQ8178 milik mangsa masih hidup dengan pintu kereta bahagian pemandu terbuka. 

Mayat mangsa ditemui terbaring dalam keadaan separuh b0-gel di depan pintu bilik dipercayai dir0-g0l sebelum dijerut dengan tali pengikat langsir sehingga mati. Seluar dalam mangsa juga ditemui di atas badannya. 

Terdapat juga kesan-kesan tompokan darah di atas lantai berhampiran mangsa dan serangkai kunci. 

Barang-barang berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit juga hilang.

Motif kejadian masih tidak diketahui dan polis kini sedang menjalankan siasatan dan mengesan suspek. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Komentar untuk "KEJAM:KERANI SEKOLAH AGAMA DIJERUT SEHINGGA MATI SELEPAS DIR0-G0L"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info