KEHILANGAN KERJA DAN TEMAN LELAKI ANGKARA KETAGIHAN P0-RN0

Wanita ketagih tonton video lucah kini insaf | SEKALI pandang, Izzy Barnett kelihatan normal namun wanita berusia 29 tahun ini mempunyai cerita silamnya sendiri.
Dia ketagih kepada filem lu--cah dan mula menontonnya pada usia 22 tahun atas cadangan teman lelakinya.

Namun ketika itu dia tidak tahu bahawa tindakannya menonton filem luc-ah itu telah menjadikan dia ketagihan memetik Mynewshub.

Akibatnya Izzy yang berasal dari Devon, UK ini bukan sahaja kehilangan teman lelaki, malah dia hilang kerja dan rakan-rakan selain menanggung hutang kerana melanggan laman web lu-cah.

“Saya begitu keta-gih hinggakan saya terlupa makan dan tidur. Sekarang ini jika difikirkan bagaimana saya boleh menontonnya, saya akan berasa hendak muntah,’’ katanya yang kini semakin pulih daripada ketagihan berkenaan.

Izzy, yang mula menonton filem lu--cah yang pertama pada 2008 berkata dia berbuat demikian kerana tertekan selepas digugurkan daripada kelas fotografi di sebuah universiti.

“Saya kemudiannya bertemu dengan seorang lelaki yang berusia enam tahun lebih tua daripadanya dan terpesona dengan perhatian yang diberikan.

“Saya ingin lebih berpengalaman di dalam bilik tidur ketika bersamanya hingga menyebabkan saya menonton filem lu--cah,’’ katanya.

Izzy yang kini sendirian, tidak lagi menonton filem lu--cah sejak keluar dari pemulihan pada 2013. Dia kini berharap untuk mencari cinta sejati.KREDIT
0 Komentar untuk "KEHILANGAN KERJA DAN TEMAN LELAKI ANGKARA KETAGIHAN P0-RN0"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info