JIJIK:RESTORAN DIJALAN ARA BANGSAR "BERLIPAS & BERNAJIS TIKUS"

 Sebuah restoran di Jalan Ara, Bangsar, dikenakan kompaun serta diarahkan tutup selepas didapati gagal mematuhi piawaian kebersihan dalam Operasi Gempur Premis Makanan, semalam.

Restoran diperiksa dalam dalam operasi yang dilakukan pasukan khas kebersihan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas menerima aduan daripada orang ramai memetik Harian Metro.
Mohd Sani (kiri) membuat tinjauan ketika operasi Gempur Premis makanan di sekitar Bangsar.

Timbalan Ketua Setiausaha KWP Datuk Mohd Sani Mistam berkata, restoran itu diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati wujud haiwan perosak, termasuk lipas dan najis tikus di bahagian dapur.

“Hasil pemeriksaan turut mendapati restoran berkenaan tidak memperbaharui lesen perniagaan yang tamat September lalu.

“Selain itu, restoran terbabit didapati tidak mempamerkan kad kategori restoran seperti yang ditetapkan.SUMBER
0 Komentar untuk "JIJIK:RESTORAN DIJALAN ARA BANGSAR "BERLIPAS & BERNAJIS TIKUS""

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info