JET PERIBADI MEWAH BERNILAI RM83 JUTA MILIK RONALDO!!!

LISBON – Pemain sensasi kelab elit Sepanyol, Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo, dilaporkan sanggup berbelanja mewah sehingga 19 juta euro (kira-kira RM83.2 juta) untuk membeli sebuah jet peribadi eksklusif.

Menurut akhbar ternama Portugal, Correo da Manha, bintang kelahiran Portugis yang berusia 30 tahun itu meminati pesawat jenama Gulfstream model G200 keluaran firma aeroangkasa terkenal Amerika Syarikat.

Ronaldo sudah pun menaiki jet tersebut ketika bertolak dari ibu kota Sepanyol, Madrid ke London Britain pada Isnin lalu untuk menghadiri tayangan perdana filem dokumentari Ronaldo di pawagam Odeon Leicester Square.

Pesawat kelas perniagaan dengan kelajuan 900 kilometer sejam ini mampu mengangkut sehingga 10 penumpang. Di dalamnya ada tandas khusus direka berasingan untuk penumpang dan kru, ruang rehat serta sebuah dapur.

Menurut portal penerbangan antarabangsa Aviation Today, Gulfstream G200 kali terakhir dikeluarkan pada Disember 2011 oleh firma asalnya Isr------ael Aircraft Industries dengan pengeluaran hanya sejumlah 205 unit.

Ronaldo bukanlah satu-satunya selebriti yang ada Gulfstream. Aktor Hollywood, Arnold Schwarzenegger memiliki model Gulfstream III, manakala pelakon komedi, Jim Carey mempunyai Gulfstream V.
0 Komentar untuk "JET PERIBADI MEWAH BERNILAI RM83 JUTA MILIK RONALDO!!!"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info