INNALILLAH:YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA...

Ni gambar dari seorang sahabat yang telah bergambar dgn Arwah sebentar tadi jam lebih kurang 10mlm, arwah nampak keletihan selepas perform, kelihatan tanda kalimah ALLAH didahi arwah.
DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.
Al-Fatihah
-admin-

boleh klik link dibawah ni untuk sumber pic..sumber fb yus jambu

update- Rakan2 Arwah Pak Yus yang berada di Hospital Selayang..



Menurut Jihan, jenazah akan dibawa ke Perlis...
Kuala Lumpur: Pelawak terkenal, Yussry Edoo, 39, atau Yus Jambu meninggal  dunia dipercayai akibat sesak nafas, kira-kira 12 tengah malam tadi.Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan),
Ahmad Abdullah, berkata Yus terbabit dalam program Raja Band anjuran Karyawan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka, malam tadi.

"Allahyarham mengadakan persembahan bersama kumpulannya iaitu Lima Bara sebagai artis jemputan. Selepas menyanyi tiga lagu, arwah terus pulang pada 11.30 malam.
"Kira-kira setengah jam kemudian kami terkejut apabila pembantu peribadinya memaklumkan beliau dikejarkan ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96611#sthash.ylRzkrvP.dpuf
0 Komentar untuk "INNALILLAH:YUS JAMBU MENINGGAL DUNIA..."

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info