GEMPAR!!! Penemuan Serbuk Putih Dipercayai Berbahaya Di Hantar Ke Pejabat Menteri KKM

Kakitangan Kementerian Kesihatan di Kompleks E7, Putrajaya hari ini digemparkan dengan penemuan satu bungkusan yang dipercayai mengandungi serbuk berbahaya.

Memetik laporan Harian Metro, bungkusan pos ekspres mengandungi bahan berbahaya tersebut telah dihantar ke alamat pejabat Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam di tingkat 13 bangunan berkenaan.

Menurut mereka, bungkusan berkenaan telah diterima oleh seorang kakitangan wanita kira-kira 3.15 petang, sebelum dibuka dan menemui serbuk putih sebelum menghubungi pihak bomba dan polis.

Hanya kakitangan di tingkat 13 dipindahkan dari kawasan berkenaan

Ketika ini, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) serta Pasukan Kecemasan dan Menyelamat (EMRS) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang mengenal pasti kandungan sebenar bungkusan itu. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "GEMPAR!!! Penemuan Serbuk Putih Dipercayai Berbahaya Di Hantar Ke Pejabat Menteri KKM"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info