WALAUPUN tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kisah kehamilannya, namun para peminat Datuk Siti Nurhaliza nyata teruja melihat foto Siti dengan baby bumpnya.
Gambar yang dirakamkan ketika Siti mempromosikan Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL 30) jelas menunjukkan perubahan pada bahagian perutnya.
Sebelum ini, sumber terdekat penyanyi tersohor ini mengesahkan yang beliau hamil dua bulan.
Tak mengapalah, kita biarkan Siti sendiri mendedahkan perkara itu daripada berteka-teki.
Kita doakan sahaja agar yang baik-baik sahaja buat Siti ya!
0 Komentar untuk "GAMBAR BABY BUMP SITI NURHALIZA TARIK PERHATIAN PEMINAT"