KUALA LUMPUR : Untuk mengelakkan membayar tol berikutkan kenaikan kadar tol yang berkuastkuasa baru-baru ini, rakyat disarankan supaya merancang perjalanan dengan bagun tidur lebih awal untuk ke tempat kerja.
Cadangan itu telah diutarakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, di mana katanya, kerajaan telah membina jalan alternatif tanpa tol, jadi rakyat boleh menggunakannya untuk mengelak daripada membayar tol.
“Saya nak tekankan, dimana kita letakkan tol kita mempunyai jalan alternatif, ada jalan alternatif dari point A ke point B tanpa melalui tol. Bila tidak melalui tol dia akan memakan masa dan menghadapi kesesakan lalu lintas dan menghadapi banyak lampu isyarat.
“Jadi dari segi itu kita kena bahagi masa, kalau tak nak bayar tol, kita kena bahagi masa. Bahagi masa untuk sampai ke destinasi kita mungkin kena turun 15 minit lebih awal, 20 minit lebih awal kena bangun,” katanya dalam sidang media dipetik laporan Free Malaysia Today.
Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) menegaskan bahawa tol yang telah dibina oleh kerajaan adalah hanya untuk memendekkan perjalanan.
Kerana itu, kerajaan terpaksa membenarkan konsensi yang menyelenggara tol menaikkan harga memandangkan kos untuk penyelenggaraan lebuh raya semakin meningkat.
“Kos untuk menyelanggara ini semakin hari semakin meningkat dan kita tahu bahawa tol tidak naik untuk beberapa tahun dan bila dia naik kita berharap rakyat faham kos itu meningkat,” katanya. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "Bangun Tidur Awal Pagi Pergi Kerja Untuk Elak Bayar Tol - Menteri"