ANAK GADIS JADI GILA,AKIBAT BAPA SEPAK BATU NISAN

Di pagi yang cerah itu,ketika saya sibuk membuat tempahan batu nisan di hadapan rumah tiba tiba saya di kejutkan dengan seorang lelaki yang saya sendiri pun tidak mengenalinya.

Sebaik bersalaman lelaki itu sendiri menghulurkan tangan dan memperkenalkan dirinya sebagai zuhdi,dia turut menjelaskan kedatangannya di pagi yang cerah itu.

Awak boleh alih kubur lama?tanya zuhdi yang saya kira umurnya dalam 50-an."boleh" jawab saya dengan ringkas,saya bekerja membuat batu nisan tapi saya tahu sedikit banyak tentang pengurusan jenazah sampai di kebumikan sebab saya sudah terbiasa dengan pekerjaan seperti itu.

Lagi pun bapa martua saya seorang ustaz dan imam di kampung kami.kalau ada kes kematian bapa martua sayalah yang menguruskan jenazah,saya pula yang akan membantunya dalam urusan tersebut.

"Kubur siapa encik? dekat mana kubur tuu? saya mulai bertanya lanjut.

"Entah kubur siapa pun aku tak tau menyirap aku" jawab zuhdi lalu bercerita lebih lanjut.
Katanya dua buah kubur lama itu terletak di tanah yang baru di belinya beberapa bulan lalu,cadangnya mahu mendirikan rumah di atas tanah yang dibelinya itu dengan harga jauh lebih murah dari harga pasaran sekarang.namun rencananya tertangguh oleh dua kubur lama tersebut.

"Aku dah minta budak kampung yang ada jentolak tolong ratakan tanah tu,tapi semua tak nak selagi tak alih kubur lama tu" rungud zuhdi sebelum bertanya proses pembiayaan kos pengalihan kubur lama tersebut.

Tanpa berlengah saya perlu melihat lokasi kubur itu sebelum berbincang dengan bapa martua untuk menetapkan kos harga,pagi itu juga saya di bawa kelokasi berkenan,jaraknya hanya sekitar setengah jam dari rumah saya.

Sebaik sampai saya melihat sudah bertimbun barang barang untuk mendirikan rumah,seperti semen,besi,batu bata dan lain lainya,nampak lelaki ini memang bersungguh sungguh mahu membina rumah di tanah tersebut.

sebaik turun dari kereta saya meninjau seputar,memang agak cantik kawasan itu,dibelakang tapak yang hendak di dirikan rumah mengalir sebatang anak sungai kecil yang jernih.

"Mana kubur tu? tanya saya selepas puas meninjau keadaan sekitar,"tuuuuu ! !" jawab zuhdi dengan bibir terjuih sabil tangannya menunjuk kearah empat biji batu nisan dari pada batu sungai "Kubur orang lama bisik hatiku"

"Aku memang betul betul lepas pencen ni nak duduk suasana kampung,aku bukan main main" tiba tiba zuhdi bersuara dengan nada tinggi seolah tidak berpuas hati.

Sambil berjalan ke arah kubur lama tersebut zuhdi menceritakan bahwa dia adalah merupakan seorang anggota keselamatan dan akan pencen dalam beberapa tahun lagi.

Namun sebaik saja kami berdiri dikawasan kubur,Zuhdi melakukan satu tindakan yang tidak pernah terpikir oleh saya.

"Sebab kubur ni lah aku tak boleh buat rumah lagi! ! tengking zuhdi yang tiba tiba saja menyingga,serentak kakinya menendang batu nisan kubur lama tadi berulang kali sehingga menggegarkan kubur tersebut.BUKKK! ! BUUUKKK! !

Melihat tindakan zuhdi itu cepat cepat saya tenangkan." ehh rilek la encik masalah ini kecik aje boleh selesaikan,encik marah kubur ni pun dia bukan boleh buat apa" kata saya menegur tindakan zuhdi tadi.memang saya tidak bersetuju dengan caranya itu.

Akan tetapi nasihat dan teguran saya langsung tidak diendahkan,darahnya masih mendidih mulutnya terus membebel dan mencarut.

Pukimak betullah orang dulu dulu buat kubur suka hati cilaka betul tuan tanah ni tak bagi tau ada kubur,zuhdi melepaskan amarahnya dahinya berkedut kedut sambil menginjak batu nisan tanpa rasa bersalah.

encik tak baik buat macam tu tegur saya lagi apabila melihat kakinya masih di atas batu nisan.

"Aku bayar tanah ni bayar cash tau,dia terus mengomel sambil geleng geleng kepala.

Selepas beberapa ketika raut wajah zuhdi mulai melembut walaupun masih nampak wajah mencuka,selepas kami bergerak pulang sebelum bertanya kos tentang pengalihan kubur kepada bapa martua.

Apabila di beritahu kosnya sebanyak 3 ribu ringgit sekali lagi Zuhdi berang.

"Tiga ribu ni termasuk proses upah orang nak gali,kain kapan, nak cari tulang tulang lepas tu nak gali lubang kubur baru pula,kerja ni tak boleh buat seorang kena bayar upah orang lain jugak,kita tak tahu kuburtu dalam ke tak,benda ni ambik masa ,kos memang tinggi sikit,tapi boleh runding lagi selepas selesai nanti .terang saya kepada Zuhdi.

Aaaaahhh,kenapa mahal sangat sampai 3 ribu? aju zuhdi seakan tidak berpuas hati dengan harga tersebut.penjelasan saya itu tidak dapat diterimanya,baginya harga tersebut terlalu mahal dan tidak masuk akal.

"kalau encik tak setuju kena cari orang lain lah" jawab saya.

Mungkin sebab tak berpuas hati zuhdi langsung meninggalkan saya tanpa sembarang salam.

Selang beberapa hari kemudian,dimana pada masa itu saya sedang menyiapkan tempahan batu nisan,sekali lagi zuhdi datang bertandang.

"Engkau nie gali kubur buat batu nisan tak ikhlas,semua nak duit"herdik zuhdi sebaik berdiri di depan saya.

"encik sepanjang encik hidup sudah berapa kali gali kubur? saya bertanya kembali,kali ini darah saya pula mendidih apabila di ajukan soalan dengan suara di herdik seperti itu.

"Tak pernah" jawab suhdi sambil matanya memandang kearah lain.

" Kalau encik tak pernah cuba encik rasa dulu,korek lubang kubur bukan senang jawab saya dengan suara agak tinggi.

" AHhh! tak payah lah " jawab zuhdi,lagaknya sungguh angkuh dan dia kemudian terus berlalu tanpa da rasa bersalah.

Melihat tindakannya itu saya hanya mampu menggeleng kepala,hendak minta tolong orang tapi tak mahu menghormati orang lain.

Sehinggalah sebih kurang sebulan kemudian sekali lagi zuhdi datang ,kali ini saya lihat agak berlainan.wajahnya murung seperti ada sesuatu beban yang di tanggungnya,suaranya juga lembut menyapa saya.

"ada apa lagi encik tanya saya dengan memandangnya"

"Anak aku sakit adu Zuhdi dengan melabuhkan punggungnya kemudian dia menceritakan masalahnya meskipun saya tidak meminta,saya pun mengambil air karena saya nampak ada sesuatu yang tidak kena kepada zuhdi rasa kasihan pula menjelma dalam hati.

Sebaik dia sampai dirumah Selepas melawat tapak rumah bersama saya tempoh hari secara tiba tiba anak gadisnya jatuh sakit.

Awalnya Zuhdi ingat anaknya sakit biasa .tapi semakin lama keadaan anaknya semakin teruk,anak perempuannya meracau dan meronta ronta seperti di rasuk hantu.

Setiap jam anaknya akan menjerit jerit dan mengeluakan kata kata mencarut seperti orang hilang akal,lebih mengaibkan lagi anaknya akan bertelanjang bulat sehingga ia terpaksa mengurung anaknya di dalam rumah.

"Aku terpaksa tempah pasang gril kat rumah,kalau tak anak aku akan lari dari rumah,akupun dah banyak kali jumpa doktor,tapi mereka tidak dapat mengesan penyakitnya,ceritanya dengan nada yang cukup sedih.

Saya pun cuba nasihatkan Zuhdi untuk mencuba rawatan islam seperti ustaz dan ustazah.
" aku tak percaya benda benda karut macam ni" suara zuhdi meninggi semula.dah banyak Kali buat, duit beribu ribu tak sembuh jugak .bentaknya.

Rupanya memang Zuhdi pernah membawa anaknya berubat dengan ustaz serta ustazah,namun apabila anaknya tidak sembuh ,zuhdi mulai kecewa,dia merasakan perubatan dengan cara islam itu mahu mengambil kesempatan keatasnya.

Saya pun buntu dan tidak tahu harus mencadangkan apa-apa lagi,saya mahu membantu tapi saya tidak tahu hendak bagai mana.

Selepas Zuhdi pulang Saya mulai berpikir,bagi saya apa yang menimpa anaknya itu ada kaitan dengan tindakanya menyepak batu nisan kubur lama.hendak pula seminggu selepas dia datang mengherdik saya di rumah.

Sengaja saya pergi ke tapak perumahan itu hendak meninjau tanah tapak perumahan berkenan,niat saya cuma ingin tahu adalah zuhdi sudah mengalihkan kubur lama itu.

Kebetulan semasa saya tiba di lokasi tiba tiba sebuah jentolak baru saja berhenti membersihkan tapak rumahnya,tapi hanya sebagian tanah saja yang di bersihkan.

" kenapa tak bersih habis" tanya saya pada pemandu jentolak yang merupakan seorang lelaki india muslim.

"itu atok sudah kacau,sini ada kubur lama,saya takut,itu advance tuan tanah bagi pun saya mau kasih balik,tak boleh buat kerja ni,adu india tersebut yang bergegas pulang ketakutan.
Sebab itu bila di kenang semula saya rasakan anaknya itu sakit ada kaitan dengan tindakanya menyepak batu nisan sungai kubur lama.lagipun anaknya sakit sama dengan hari kejadin tersebut.

Saya sendiri merasa kasihan terhadapnya malang bertimpa timpa ,anak sakit,dia juga terpaksa menanggung kos yang lebih jauh tinggi dari kos pengalihan kubur.

Tidak lama selepas itu saya dapat tahu bahwa anaknya telah di masukkan kerumah sakit jiwa dan disahkan mengalami sakit mental.

Disebabkan perkara ini juga dia tidak jadi mendirikan rumah di tanah tersebut lebih malang barang barang bahan pembinaan habis di curi orang.KREDIT
0 Komentar untuk "ANAK GADIS JADI GILA,AKIBAT BAPA SEPAK BATU NISAN"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info