WANITA TEMUI ULAT DALAM KENTANG MCDONALDS

 SEORANG wanita mendakwa tergamam selepas mendapati makanan segera yang dibeli di restoran McDonald’s sudah berulat.

Anna Potterson dari Chruchtown, Dublin kemudiannya memuat naik gambar kentang goreng yang sudah berulat di laman Facebooknya bagi memberi amaran kepada pengguna lain tentang tahap kebersihan restoran itu.
“Salah satu kentang goreng yang saya beli kelihatan seperti terbakar di bahagian tengah namun apabila diperhatikan dengan betul, terdapat ulat di dalam kentang itu,” tulisnya.

Apa yang lebih mengecewakan, Anna menyatakan juruwang atau pelayan di restoran McDonald’s di Grafton Street itu memberitahunya perkara sedemikian adalah perkara biasa dan sering berlaku.

Akibat insiden yang memualkan itu, Anna memutuskan untuk tidak membeli makanan di restoran itu lagi serta menasihati orang ramai yang membaca amarannya berbuat perkara yang sama. -Agensi
0 Komentar untuk "WANITA TEMUI ULAT DALAM KENTANG MCDONALDS"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info