VIDEO:PENJELASAN SEBENAR VIDEO PEKERJA BANGLA DITAMPAR YANG JADI VIRAL

VIDEO seorang buruh dipercayai warga asing dimarahi dan ditampar oleh seorang penyelia keselamatan di tapak pembinaan mencetuskan persoalan netizen.

Berdasarkan rakaman visual yang dikongsi di laman sosial, kejadian dikatakan berlaku di sebuah tapak pembinaan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT).

Menerusi rakaman, mangsa yang kelihatan mencangkung dimarahi oleh lelaki terbabit kerana tidak mengikut arahan keselamatan di tempat kerja.

Lelaki berkenaan dilihat memarahi sambil menampar kepala pekerja asing itu akibat tidak dapat membendung kemarahan yang meruap-ruap.

Disebabkan tindakannya itu, netizen mengkritik sikap lelaki tersebut yang dilihat amat keterlaluan sehingga hilang sifat kemanusiaan dalam diri.

“Salah memang salah..tapi sampai nak pukul sentuh tu takda etika dan salah tu..marah la…silap-silap ko boleh didakwa bro. Marah kow-kow dah la..sampai tangan plak sampai..cuba orang tu orang Malaysia..tak kena simen ko nanti dalam tong drum,” tulis Amirol Azery.

Mangsa buli

“Bangla tu manusia juga. Dia ade mak bapak juga. Dia ade perasaan jugak. Kau marah pun agak-agak lah. Aku jenis respect semua termasuk Indon, Bangla, Myanmar semua. Diorang datang Malaysia demi cari sesuap nasi, dah lah bahasa berlainan, ingat senang ke nak cari rezeki kat tempat orang? Diorang rindu family, rindu kampung halaman semua tuh,” kata Soh Wei Mei.

Bagaimanapun beberapa individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan tampil mempertahankan tindakan penyelia keselamatan terbabit kerana tahu risiko kerja di tempat-tempat pembinaan.

“Kalau tak dimarah begini.. Nanti esok lusa masih degil, pas tu terkena kecelakaan,supervisor yang kena tau tak.. Macam kita orang keje dikapal, kalau PPE tak guna langsung, memang kena maki hamun.. Bagaimana kamu turun bekerja dengan tubuh badan yang sempurna yang sihat, begitulah kamu balik dari bekerja dengan tubuh badan yang sihat dan sempurna..,” kata Jonathan Matt.

“Aku salah seorang Safety Officer. Staff aku warga Indonesia mati tertimbus semasa kerja-kerja mengorek. RM500,000 aku kena bayar. Kalau tak bayar, 3 tahun aku terpaksa meringkuk di penjara Sungai Buloh. Warga asing memang susah kita nak suruh patuh SOP. Memang kena tegas seperti lelaki dalam video ini,” kata Arif Neo.

Melihatkan pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen, tampil beberapa individu menjelaskan bahawa adegan itu sebenarnya cuma lakonan semata-mata untuk ditunjukkan kepada pekerja baru.

“Harap maklum.. ini hanya lakonan daripada safety department atas tujuan carainduction bagi pekerja baru.. yang tak tahu cerita tolong jangan buat andaian bukan-bukan..,” kata Azhari Aris.

“Tolong padamkan video ini untuk mengelakkan fitnah dan aib berleluasa. Kami semua bekerja bersungguh-sungguh di projek ini untuk kemudahan orang ramai,” kata Azrin Mesni yang dipercayai bekerja dengan syarikat berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd
0 Komentar untuk "VIDEO:PENJELASAN SEBENAR VIDEO PEKERJA BANGLA DITAMPAR YANG JADI VIRAL"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info