LELAKI TAMPAR BANGLA DI CAR WASH DITAHAN

Akhirnya lelaki tampar pekerja bangla di car wash Subang Perdana sudah ditahan polis | Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai menampar pekerja cuci kenderaan warga Bangladesh di Subang Perdana, kelmarin.

Suspek yang juga seorang ahli perniagaan berusia 30-an ditahan 10 malam tadi di Damansara memetik Harian Metro.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, mangsa dipercayai patah tulang hidung dan masih dirawat Sungai Buloh.

“Kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Pihak kami sedang mendapatkan perintah reman daripada mahkamah pagi ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang di IPK Selangor, hari ini.

Rakaman kejadian itu tersebar di media sosial sejak, kelmarin.KREDIT
0 Komentar untuk "LELAKI TAMPAR BANGLA DI CAR WASH DITAHAN"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info