LELAKI MENGAMUK GIGIT PENUMPANG SEBELUM MAUT

Portugal, 19 Okt - Penumpang pesawat penerbangan The Aer Lingus menjadi panik apabila seorang lelaki berusia 24 tahun tiba-tiba mengamuk dan menggigit penumpang lain sebelum mati di atas pesawat tersebut.

Kru pesawat dari Libson, Portugal ke Dublin, Ireland itu menyifatkan lelaki terbabit 'terlampau ganas'.

Secara tiba-tiba seorang lelaki mengamuk di sepanjang kabin dan mengigit beberapa penumpang lain sebelum ditahan oleh kru. Menurut laporan RT.com, lelaki itu sempat mencederakan satu atau dua penumpang.

Kru telah menyiaran mesej kecemasan "Pan Pan" tiga kali dan memberitahu pengawal trafik udara mengenai insiden sebelum membuat pendaratan di lapangan terbang Cork.

Setelah ditahan, lelaki terbabit tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum jantungnya berhenti berdegup. Dia kemudian disahkan mati di lapangan terbang Cork.

Mayat lelaki terbabit dibawa ke Hospital Universiti Cork untuk ujian post-mortem.

Menurut laporan, lelaki tersebut terbang seorang diri dan mungkin seorang pelajar di Ireland.

Aier Lingus membuat kenyataan mengenai insiden dengan berkata "Pesawat Aer Lingus EI 485 dari Libson ke Dublin, dilencongkan ke Cork kerana terdapat kecemasan kesihatan di atas pesawat"

"Pesawat membawa 168 penumpang dan 6 anak kapal. Pesawat mendarat dengan selamat pada 17:40 waktu tempatan"

Penumpang-penumpang lain dibawak ke Dublin menggunakan bas, lapor Teh Guardian. -Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "LELAKI MENGAMUK GIGIT PENUMPANG SEBELUM MAUT"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info