DIR0-G0L DEPAN TEMAN LELAKI SEBELUM KEKASIH

Seorang wanita terpaksa melalui pengalaman menakutkan apabila dia dirogol di hadapan teman lelakinya oleh sekumpulan lelaki bersenjata sebelum mereka mengikat kekasihnya dan menghumbannya ke dalam tasik di Afrika Selatan.
Turut diperlakukan demikian rupa adalah satu lagi pasangan yang turut berada bersama mereka di tasik berkenaan. Namun salah seorang wanita itu berjaya melarikan diri.Kedua-dua lelaki yang berusia 25 dan 32 tahun itu mati lemas selepas dihumban dalam tasik dalam keadaan terikat.

Ketika kejadian, mereka sedang bersiar-siar di Taman Rhodes di Kensington berhampiran dengan Johannesburg pada pukul 9 malam.

Salah seorang daripada penyerang membawa senjata api manakala seorang lagi membawa pisau.

Dalam pada itu, polis memaklumkan mayat dua lelaki berkenaan telah ditemui awal pagi semalam.Setakat ini tiada tangkapan dibuat.Sumber
0 Komentar untuk "DIR0-G0L DEPAN TEMAN LELAKI SEBELUM KEKASIH"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info