KILANG TV SAMSUNG SEREMBAN BAKAL DITUTUP, JEJASKAN 620 PEKERJA

Kilang pengeluar barangan elektrik terkenal, Samsung Samsung Electronics Display Malaysia (SDMA), dilaporkan bakal menutup kilang kemudahan televisyennya (TV) di Seremban, Negeri Sembilan bermula April ini, lapor Bernama.

Penutupan kilang berkenaan bagaimanapun tidak akan menjejaskan perniagaannya yang lain di Malaysia, yang mempunyai lebih 5,000 pekerja.

Pekerja yang terjejas hanyalah 620 kakitangan susulan pelaksanaan pelan strategiknya untuk menambah baik keseluruhan kecekapan perniaagaan.

“Seramai 475 warga Malaysia dan 145 pekerja asing yang bekerja di kilang itu akan menerima pakej pampasan yang adil dan berpatutan,” kata syarikat itu.

Pihak Samsung dalam pada itu memberitahu mereka akan menyediakan khidmat kaunseling kerjaya dan latihan vokasional selain akan cuba memindahkan mereka semua yang terjejas ke syarikat Samsung lain jika boleh.

Perniagaannya yang lain di Malaysia termasuk kemudahan pembuatan oven gelombang mikro Samsung Electronics dan kemudahan pembuatan bateri Samsung SDI.

Samsung berkata ia akan terus menjual TV di Malaysia, dan produk TV pelanggan sedia ada dan baharu akan terus disenggarakan oleh Samsung Customer Care Network yang terus kekal. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "KILANG TV SAMSUNG SEREMBAN BAKAL DITUTUP, JEJASKAN 620 PEKERJA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info