
Siapa kata susah mahu mencari duit ketika zmaan kegawatan sekarang. Anda boleh contohi seorang usahawan dari Britain yang mengaku meraih pendapatan beribu dolar selepas menjual botol mengandungi udara kepada China.
Menurut laporan CNN, Leo De Watts, 27, meletakkan harga AS$115 (RM479.10) untuk sebotol udara yang diambil di Britain sebelum mengeksportnya ke China.
Sejak syarikatnya, Aethaer ditubuhkan tahun lepas, beribu-ribu botol telah digunakan untuk ‘memerangkap’ udara di sekitar Britain, termasuk di Dorset, Somerset dan Wales.
“Kami juga mempunyai pelanggan yang memesan udara dari tempat yang spesifik (di Britain). Untuk sebab itu juga, ada beberapa pelanggan yang menjadikan botol udara kami sebagai ‘hadiah sentimental’ dan menyimpan mereka di rumah, tanpa dibuka.
“Udara yang kami perangkap juga adalah ‘cool air’. Iaitu lebih segar dari udara yang diambil dari tempat yang panas,” jelas Leo lagi yang turut menyatakan bahawa sebotol udara hanya tahan beberapa saat selepas dibuka.
Disember lepas, China mengeluarkan amaran merbahaya selepas tahap kuliti udaranya jatuh teruk. Terbukti ianya peluang baik untuk usahawan seperti Leo untuk menggunakan peluang berkenaan sebagai ‘modal perniagaan’.
0 Komentar untuk "HANYA DENGAN JUAL UDARA RM 500 SEBOTOL, MAMPU RAIH UNTUNG BERIBU DOLAR!!!"