KUALA LUMPUR:AHLI PERNIAGAAN MAUT DITEMBAK DI KEPALA

SEORANG ahli perniagaan maut selepas ditembak di depan hotel di Kawasan Industri NSK, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur, petang tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan yang juga pelanggan sebuah hotel mati ditembak di Kawasan Industri NSK, Jalan Kuchai Lama, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu jam 6 petang, mangsa berusia 54 tahun berasal dari Mentakab, Pahang, ditembak satu das dari jarak dekat di kepalanya sebaik keluar dari hotel yang didiaminya sejak tiga hari lalu.

Beberapa saksi mendakwa suspek yang memakai topi keledar penutup penuh kemudian melarikan diri selepas menembak mangsa. Mangsa disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala.

Setakat ini kes dipercayai mempunyai kaitan dengan hubungan sulit antara mangsa dengan isteri orang. – BHarian Online
0 Komentar untuk "KUALA LUMPUR:AHLI PERNIAGAAN MAUT DITEMBAK DI KEPALA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info