ANAK KEPADA PENYANYI POPULAR DITANGKAP MENCURI


Anak kepada penyanyi  popular tahun 80-an ditangkap polis kerana terlibat dalam satu kes kecurian motosikal baru-baru ini.

Remaja berkenaan berusia 16 tahun dan ditangkap bersama seorang lagi rakan yang berusia 18 tahun.

Kedua-dua remaja itu telah dihadapkan ke mahkamah pada Isnin lalu.

"Kedua-duanya telah dituduh pada Isnin lalu di Mahkamah Majistret Putrajaya di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

"Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ditetapkan pada Febuari depan," demikian menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan.

Bagaimanapun kedua-duanya telah dibebaskan dengan jaminan polis.kredit
0 Komentar untuk "ANAK KEPADA PENYANYI POPULAR DITANGKAP MENCURI"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info