ACEH HARAMKAN SAMBUTAN TAHUN BARU KERANA...

Umum mengetahui Bandar Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang menguatkuasakan undang-undang Islam.

Bandar Aceh mengeluarkan larangan kepada penduduknya daripada meraikan malam tahun baru 2016 lapor media tempatan.
"Ia adalah dilarang untuk orang Islam untuk meraikan Tahun Baru Kristian," kata Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Zainal Arifin yang dipetik oleh laman web Tempo.co."

Dakwanya, sambutan tahun baru pada Khamis ini, dengan pertunjukan bunga api, meniup trampet atau sembahyang adalah tidak mematuhi budaya Islam di wilayah itu.
Pihak berkuasa Bandar Aceh juga mengharamkan umat Islam daripada mengambil bahagian dalam sambutan Krismas pada minggu lalu.

Satu larangan yang sama juga telah dikuatkuasakan tahun lalu di wilayah ini yang penduduknya berpegang kuat dengan ajaran Islam. - CARI Infonet
0 Komentar untuk "ACEH HARAMKAN SAMBUTAN TAHUN BARU KERANA..."

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info