VAPE DENGAN ROKOK SAMA SAHAJA-TUN M

PUTRAJAYA, Nov 16 — Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad berkata rokok elektronik atau vape sama merbahaya seperti rokok disebabkan oleh jumlah nikotin yang tinggi di dalam produk tersebut.

"Percayalah saya, vape tidak bagus dan sama sahaja seperti rokok. Vape ada bau yang wangi dan ianya sedap. Bila kamu hisap rokok, kamu cuma dapat bau asap. Tapi bila kamu hisap vape, kamu akan dapat bau wangi seperti strawberi dan mango.

"Bau wangi adalah cara yang digunakan untuk mempromosi produk vape", katanya semasa berucap di persidangan Persekutuan Antarabangsa 26 NGO bagi Pencegahan Dan Penyalahgunaan Dadah & Bahan (IFNGO) sebagaimana memetik laporan Bernama.

Oleh sebab itu, Mahathir meminta agar masyarakat terutamanya ibu bapa untuk memupuk semangat memerangi dadah dalam kalangan kanak-kanak dan generasi muda serta membuatkan mereka faham bahawa dadah boleh merosakkan kesihatan dan kehidupan mereka. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "VAPE DENGAN ROKOK SAMA SAHAJA-TUN M"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info