SUAMI RELAKAN ISTERI JADI PEL@CUR KERANA KESEMPITAN WANG

KUALA LUMPUR — Gara-gara tertekan dengan masalah kewangan, suami beranak tiga sanggup membiarkan isterinya melacurkan diri di hotel bertaraf lima bintang bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Pengakuan lelaki berkenaan dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas isterinya, 33 tahun, ditahan dalam satu serbuan di sebuah hotel di Putrajaya beberapa hari lalu, lapor Harian Metro.

“Ketika dalam tahanan Jawi, kami memanggil suaminya untuk keterangan dan amat mengejutkan apabila suaminya sendiri merelakan pekerjaan son-gsang isterinya itu dengan alasan ingin menampung masalah kewangan.

“Lelaki itu memaklumkan dia mengetahui pekerjaan sambilan isterinya dan tidak menentang, malah akur dengan keadaan itu akibat kesempitan wang,” kata Wan Jaapar Wan Ahmad, ketua penolong pengarah kanan Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

Beliau dilaporkan berkata wanita tersebut mengenakan bayaran RM300 bagi tempoh sejam dan ribuan ringgit berjaya diperoleh hasil kegiatan haram itu.

Wanita tersebut ditahan mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan). Jika sabit kesalahan, seseorang boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau enam kali sebatan atau kedua-duanya sekali.

Wan Jaapar juga dilaporkan berkata siasatan jabatannya mendapati wanita ini mempunyai pekerjaan tetap tetapi gajinya tidak mencukupi sebelum mencari pendapatan sampingan dengan mela--cur.

Akhbar itu juga melaporkan wanita itu menggunakan aplikasi mesej dan panggilan WeChat khas untuk mengiklan khidmat se--ks yang dikendalikan oleh pihak-pihak tertentu.
0 Komentar untuk " SUAMI RELAKAN ISTERI JADI PEL@CUR KERANA KESEMPITAN WANG"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info