ARAB SAUDI BINA JEDDAH TOWER BANGUNAN TERTINGGI DIDUNIA

PEMAJU Arab Saudi yang merancang untuk membina bangunan tertinggi di dunia berkata, ia berjaya mendapatkan pembiayaan bagi menyiapkan projek pecah rekod itu.

Mail Online melaporkan Kingdom Holding Co yang dipengerusikan oleh bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal berkata, sekutunya iaitu Jeddah Economic Company telah memperoleh perjanjian pembiayaan AS$2 bilion (RM8.51 bilion) dengan Alinma Investment di Arab Saudi bagi menyiapkan Jeddah Tower di negara itu.

Bangunan yang sebelum ini digelar sebagai 'Kingdom Tower' mempunyai 170 tingkat dengan ketinggian satu kilometer atau hampir 1,000 meter sekali gus melepasi Burj Khalifa di Dubai yang merupakan bangunan tertinggi di dunia ketika ini.
Kos untuk keseluruhan projek tersebut sebelum dianggarkan AS$1.2 bilion (RM5.1 bilion).

Burj Khalifa mempunyai ketinggian 828 meter.

Menurut satu kenyataan, Alinma Bank akan membiayai dana itu, yang akan diuruskan oleh Alinma Investment, manakala Jeddah Economic Company menjadi pemaju utama bagi prohek berkenaan.

Ia berkata, dana AS$2.24 bilion (RM9.52 bilion) yang diperoleh menerusi pembiayaan berasaskan Syariah turut akan digunakan untuk membangunakan fasa pertama Bandar Ekonomi Jeddah, sebuah projek bandar mengelilingi menara berkenaan di kawasan Obhur di utara Jeddah.

Tahun lalu, Alwaleed berkata, menara yang terdiri daripada bangunan pejabat, hotel dan kediaman itu dijangka siap pada 2018.
0 Komentar untuk "ARAB SAUDI BINA JEDDAH TOWER BANGUNAN TERTINGGI DIDUNIA"

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info