Punca Penunggang Motosikal Terhumban Ke Dalam Laut

Seorang lelaki telah tercampak ke laut selepas motosikal yang ditunggangnya telah bergesel dengan sebuah motosikal lain semasa mengelak sebuah kemalangan di atas Jambatan Pulau Pinang.

Lelaki berkenaan, Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, hanya mengalami cedera ringan selepas dia terjatuh dan terbenam di dalam lumpur bawah jambatan.

Penguasa Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Perai Roslan Rashid berkata kejadian pada 9.30 pagi di KM1.4 Jambatan Pulau Pinang itu melibatkan dua motosikal dari arah Perai menghala ke pulau.

"Muhammad Noor Firdaus bernasib baik kerana air laut surut menyebabkan sebahagian badannya terbenam dalam lumpur," katanya dipetik laporan Bernama

Menurut beliau lagi, pihaknya telah melakukan operasi menyelamat di sekitar jambatan serta di permukaan air dari atas jambatan itu sebaik mendapat laporan berhubung kejadian itu.

"Mangsa ditemui di permukaan air dan dibawa keluar menggunakan sistem anchoring...kami menariknya ke atas jambatan yang setinggi kira-kira 10 meter itu,"katanya.
Kerana kemalangan ini, trafik di atas jambatan dikatakan sesak sepanjang 5 kilometer kerana ramai yang berhenti di bahu jalan untuk menyaksikan kejadian berkenaan. -Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "Punca Penunggang Motosikal Terhumban Ke Dalam Laut "

 
Copyright © 2014 BERITACERITA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info